Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

'Hak askar jadi sekadar mainan politik Najib'

Adakah bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib Razak sedang cuba berpolitik dan mengaburi mata rakyat, dengan menidakkan dakwaan semua tanah kem tentera telah diswastakan? Adakah bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib Razak sedang cuba berpolitik dan mengaburi mata rakyat, dengan menidakkan dakwaan semua tanah kem tentera telah diswastakan?

Di mana bukti hitam putih pentadbiran negara sebelum ini tentang milikan tanah kem tentera seluruh Malaysia?

Adakah bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib Razak sedang cuba berpolitik dan mengaburi mata rakyat, dengan menidakkan dakwaan semua tanah kem tentera telah diswastakan?

Pendedahan kontroversi ini oleh Tan Sri Rafidah Aziz mampu menjadi duri dalam daging bagi Barisan Nasional jika tiada jawapan tuntas diberi.

Lebih membahayakan, ia jelas menunjukkan bahawa hak golongan tentera sering dipermainkan BN yang menekan perajurit negara dengan paksaan mengundi secara pos yang meragukan dan kekurangan penjagaan kebajikan.

Di manakah jaminan Barisan Nasional bahawa kem tentera tidak akan digadaikan demi kepentingan peribadi, sedangkan kem TUDM Sungai Besi pun mampu digadaikan begitu sahaja kepada pemaju dari negara China?

Ingin saya tegaskan, penafian lisan yang diberi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein amatlah tidak memadai, apabila semua pihak terdedah dengan potensi penyebaran ‘fake news’ pada hari ini - yang diangkat BN sebelum terbubarnya Parlimen.

Sejak sekian lama, hak para tentera, termasuk untuk mengundi dikekang. Mereka hanya dijadikan talian hayat BN, dikerah menjadi sebahagian daripada pengundi pos dalam negara (yang jumlah terbaru daripada 9 kategorinya masih samar-samar), demi menyelamatkan pemerintah terdahulu.

Suara tentera, bekas tentera tidak dipedulikan

Turut menggusarkan, daftar pemilih bagi golongan ini kelihatan dimanipulasi pihak tertentu yang mengalih data pengundi ke kawasan baru tanpa penjelasan yang nyata - seolah-olah warga tentera hanya ‘patung’ yang boleh dicampak ke mana sahaja.

Situasi yang sama dialami lebih 1,000 tentera yang dilaporkan telah didaftarkan sebagai pengundi pos di Segamat dan Bera tahun lalu, walaupun kem yang sepatutnya didiami belum siap.

Dianggarkan hampir 500 000 orang pengundi pos kakitangan awam layak mengundi pada PRU13, termasuk pasangan mereka. Maka, adakah jumlah ini akan bertambah dengan penambahan 9 jabatan kerajaan yang boleh mengundi pos bersama pasangan mereka dalam PRU 14?

Juga menyedihkan saya, apabila kebajikan golongan tentera terutamanya veteran dan pesara tetap dipenuhi isu. Kelewatan peningkatan dan penyelarasan pencen telah menjejaskan hidup 70,000 veteran yang menerima kadar teramat rendah.

Bukankah ini petanda bahawa suara tentera dan bekas tentera tidak dipedulikan BN?

Meskipun disokong Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) yang sering kali menyeru kebebasan bersuara dalam kalangan tentera, para veteran dan penjawat semasa tetap terhimpit dengan arahan dan pemantauan golongan atasan.

Menjelang PRU14 ini, seruan Patriot dan rakyat harus didokong golongan tentera. Hak tentera sebagai pengawal dan penyelamat negara perlu diangkat terus-menerus dengan undi terhadap pihak yang ikhlas mahu menjaga kebajikan pelindung sempadan Malaysia.

Telah tiba masanya untuk mengembalikan hak pihak tentera.

Di sini, saya menjanjikan komitmen Pakatan Harapan untuk menambahbaik keperluan, kebajikan, tempat berkhidmat, hak mengundi dan kebebasan bersuara para tentera, yang juga mempunyai kuasa sebagai pemilih dan rakyat negara berdaulat ini.

NURUL IZZAH ANWAR Anggota Parlimen Lembah Pantai, naib presiden dan pengarah pilihan raya bersama PKR.

Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi SmasaNews.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.