Dikemaskini 6:21 AM, 20 Apr, 2018
A+ A A-

Dukun sudah kaut RM6.2 juta

Baru empat hari ditayangkan di pawagam, filem seram kontroversi, Dukun terbitan Astro Shaw sudah mencatat kutipan sebanyak RM6.2 juta.

 

Kutipan itu telah melebihi modal pembikinan filem arahan Dain Said itu iaitu sebanyak RM2.8 juta.

Perkara itu disahkan Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar yang mengakui amat terkejut dengan sambutan hangat penonton tempatan terhadap filem Malaysia.

“Dukun bersaing dengan banyak filem hebat terutama dari Hollywood sekarang. Pihak Astro Show kerana filem ini berjaya mendapat tempat dalam kalangan penonton.

“Sejujurnya, tiada jangkaan atau harapan tinggi untuk filem Dukun dari segi kutipan. Ini hasil kerja keras pasukan promosi,” kata Najwa memetik Kosmo Online.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.