Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Adam Corrie bahasakan diri abah pun tak boleh? Pelik la!

Rata-rata pengikutnya di laman sosial turut berasa hairan dengan segelintir pihak yang menjadikan perkara tersebut sesuatu isu. Rata-rata pengikutnya di laman sosial turut berasa hairan dengan segelintir pihak yang menjadikan perkara tersebut sesuatu isu.

Pelakon Adam Corrie Lee mendedahkan ada segelintir netizen mempertikaikan panggilan abah yang digunakannya tidak sesuai memandangkan dia berbangsa Cina.

Adam atau Adam Corrie Lee Abdullah, 50, berkata dia sememangnya suka jika bayi yang bakal lahir memanggilnya dengan panggilan tersebut.

Tambah Pelakon filem KL Gangster ini, setiap panggilan nama itu adalah mengikut cita rasa masing-masing.

"Ada yang tanya kenapa 'Abah'... itu bahasa Melayu. Gunakan bahasa Cina untuk panggilan ayah kerana saya orang Cina.

"Saya suka panggilan abah. Orang Melayu pun ramai yang guna daddy, dada, abi, walid yang bukan dari bahasa Melayu.

"Ikut keselesaan masing-masing," tulis Adam di Twitternya.

Rata-rata pengikutnya di laman sosial turut berasa hairan dengan segelintir pihak yang menjadikan perkara tersebut sesuatu isu.

Sebelum ini, Adam ada memuat naik foto imbasan wajah bayinya di laman sosial dengan kapsyen panggilan dirinya iaitu abah.

Namun, foto tersebut telah dipadam selepas menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Menerusi laporan mStar Online pada 9 Mac lalu, Adam mendedahkan dia bakal bergelar seorang bapa selepas 10 tahun penantian.

Isterinya, Fazema Mohd Fuad kini hamil enam bulan dan dijangka bersalin pada Julai depan.

Adam memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan Fazema Mohd Fuad, 36 pada 2008.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.