Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

34 kali tayangan di pawagam, Dukun raih RM1.5 juta sehari ditayang

Filem thriller mistik, Dukun mencipta sejarah tersendiri dengan tayangan 34 kali pada Jumaat di pawagam tempatan, yang mana ia dikatakan jarang berlaku kepada mana-mana filem tempatan.

 

Filem arahan Dain Said itu juga menduduki tempat pertama dalam senarai 10 filem top di pawagam GSC.

Maklumat itu dikongsikan oleh penerbit filem Astro Shaw dan laman filem tempatan filemkita.com menerusi Twitter masing-masing.

Malahan, hari pertama tayangan filem lakonan utama Datin Paduka Umie Aida itu juga meraih RM1.5 juta.

Filem Dukun yang telah menjalani penggambaran sejak 2006, akhirnya bertemu penonton di layar perak sejak 5 April lalu.

Filem ini turut dibintangi Faizal Hussein, Namron, Adlin Aman Ramlie, Elyana dan Sofi Jikan. - Astro Awani

Last modified onSabtu, 07 April 2018 09:29

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.