Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

Taj, Osh akan ambil tindakan undang-undang terhadap Farid Kamil

  • Written by Smasa News
  • Published in Buzz
  • 0 comments
Ahmad Tajuddin atau Taj Innuendo (kiri) bersama peguamnya. Ahmad Tajuddin atau Taj Innuendo (kiri) bersama peguamnya.

Peguam yang mewakili dua individu yang didakwa menganiayai Datuk Farid Kamil iaitu Muhamad Akmal Arif Shamsul Kahar menjelaskan anak guamnya berkemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan nama mereka.

 

Akmal yang mewakili penyanyi, Ahmad Tajuddin atau Taj Innuendo dan Ahmad Fairuz Ahmad Rusli atau lebih dikenali sebagai Osh mendedahkan dua penyanyi berkenaan mengakui telah dianiaya berhubung kes tersebut.

"Berkemungkinan bagi membela nasib individu yang dianiaya, pihak kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Farid Kamil. Bagaimanapun, buat masa sekarang pihak kami sedang menunggu tindakan lanjut daripada pihak polis.

"Pihak Taj sedia memberikan kerjasama untuk membantu siasatan. Apa yang didakwa oleh pihak Farid tidak menjejaskan reputasi Taj, namun dia pun agak terkejut dan sedih dengan apa yang berlaku," katanya.

Tambah beliau, anak guamnya itu merancang juga untuk mengadakan sidang akhbar bagi memperincikan keadaan sebenar dalam masa terdekat selepas urusan dengan pihak polis selesai.

"Ada kemungkinan sidang akhbar akan diadakan. Terlebih dahulu, kami akan memberikan kerjasama penuh terhadap pihak polis.

"Kami amat menghormati lunas undang-undang dan apa sahaja informasi yang pihak polis perlukan untuk menyelesaikan siasatan ini, kami akan berikan," ujar Akmal lagi.

Dalam pada itu, Taj ketika ditemui wartawan enggan memberi sebarang komen berhubung perkara itu dan dilihat terus memasuki balai polis berkenaan.

Sebelum ini, Farid membuat laporan polis mendakwa tiga rakan artis memasukkan bahan terlarang ke dalam minumannya sehingga mendorong dia bertindak ganas dalam sebuah balai polis, bulan lalu. Dia turut mendakwa diberikan rokok yang sudah disapu dengan minyak dipercayai daripada bahan dadah.

Pendedahan itu membawa kepada penahanan pelakon, Soffi Jikan, 48, yang didapati positif dadah ketika hadir memberi keterangan berhubung kes itu di Balai Polis Mutiasara Damansara, di sini, pada 6 Febuari lalu.

8 Februari lalu, Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, pihak polis memberi tempoh sehingga Jumaat buat Ahmad Tajuddin atau Taj dan Firdaus untuk tampil bagi membantu siasatan. - Kosmo Online

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.