Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

"Selagi cincin masih bersama Elfira mereka masih bertunang" - Pengurus Sufian Suhaimi

  • Written by mStar Online
  • Published in Buzz
  • 0 comments

Penyanyi Sufian Suhaimi tetap berpegang kepada prinsip pertunangannya dengan Elfira Loy masih belum berakhir selagi cincin yang diberikan masih bersama pelakon itu.

 

Sufian menerusi pengurusnya, Mahadhir Mohamad memberitahu hubungannya tidak mempunyai sebarang masalah kecuali ada campur tangan pihak ketiga.

"Dia berpegang kepada prinsip selagi cincin masih bersama Elfira mereka masih bertunang.

"Katanya dia dengan Elfira tiada masalah kecuali ada pihak ketiga," katanya, memetik laporan mStar Online.

Terdahulu, ibu kepada Elfira iaitu Filzah Yusoff, 52, mengesahkan ikatan pertunangan di antara anak perempuannya dengan Sufian sudah berakhir baru-baru ini.

Pihaknya akan bertemu dengan keluarga Sufian untuk memulangkan cincin pertunangan mereka dalam masa terdekat.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Mac ini.

Elfira kini sedang berada di New York, Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, Mahadhir berkata, Sufian akan tampil memberikan kenyataan berhubung isu tersebut menerusi Instagramnya apabila tiba waktunya.

Malah Sufian akan menjawab mengenai dakwaan kononnya ibu Elfira terasa hati dengan Sufian yang didakwa mengeluarkan kenyataan di InstaStory mengatakan wanita itu adalah orang ketiga dalam perhubungan mereka.

"Itu nanti Sufian jawab sendiri di Instagram. Dia akan buat kenyataan bila sampai masanya," katanya.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.