Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Proses pengundian PRN Sarawak tamat 5 petang

Proses pengiraan dan penjumlahan undi sedang berlangsung sekarang bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) sebaik sahaja kesemua 1,754 pusat pengundian ditutup tepat 5 petang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, keputusan pertama pilihan raya negeri itu dijangka diumum kira-kira 8 malam ini.

Sebanyak 1,085,087 pemilih berdaftar layak mengundi bagi memilih wakil rakyat mereka di 80 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN-11.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata, proses pilihan raya negeri itu berjalan lancar dan teratur tanpa berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Last modified onSabtu, 07 Mei 2016 18:16

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.