Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Pusat pengundian runtuh, seorang cedera ringan

Koridor Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Annau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, yang dijadikan pusat mengundi runtuh menyebabkan seorang pengundi cedera ringan, pagi ini.  

Kejadian itu berlaku sejam selepas pusat mengundi dibuka, namun kecederaan yang dialami mangsa tidak serius. 

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zallani Amit, namun ia tidak menjejaskan proses pengundian di situ. 

Beliau berkata, anjung sekolah itu runtuh kerana struktur kayunya sudah usang dan terdapat kira-kira 40 pengundi berada di situ semasa kejadian.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.