Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Giliran DAP sabotaj PKR di Batu Kitang?

Pertembungan di antara dua parti pembangkang di DUN Batu Kitang semakin panas menjelang hari terakhir kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 7 Mei ini.

Jika PKR sebelum ini membentangkan kajian kononnya mereka sedang mendahului sokongan berbanding DAP di Batu Kitang, DAP hari ini membalas dengan meletakkan banner-banner mereka menutup poster calon PKR, Voon Shiak Ni.

Tinjauan RakyatPost.my di sekitar DUN Batu Kitang mendapati beberapa banner dan bendera DAP dipasang menutup bendera PKR dan poster Voon.

Kerusi DUN Batu Kitang pada asalnya telah dipersetujui untuk ditandingi PKR tetapi pada saat akhir, DAP telah meletakkan calon muda mereka, Abdul Aziz Isa sebagai protes kepada PKR.

Rasa tidak puas hati DAP itu berikutan daripada tindakan PKR ‘melanggar perjanjian’ dengan meletakkan calon mereka di lima kerusi DUN yang ditandingi DAP seperti di Mambong dan Simanggang.

Pada Khamis, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam sidang medianya membentangkan kajian yang dibuat oleh Awang Hazman Awang Ahmad dr UUM yang menunjukkan peratusan sokongan parti-parti yang bertanding di tiga DUN tersebut.

Berdasarkan kajian tersebut, sokongan kepada Barisan Nasional masih mendahului parti PKR dan DAP di ketiga-tiga DUN tersebut.

Bagaimanapun, menurut kajian itu, jumlah sokongan kepada PKR dan DAP jika digabungkan mendahului Barisan Nasional.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.