Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

PRN Sarawak ke-11 telan belanja RM135.6 juta

Pilihan raya Sarawak pada 7 Mei lalu, menyaksikan BN memenangi 72 kerusi daripada 82 Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan. Pilihan raya Sarawak pada 7 Mei lalu, menyaksikan BN memenangi 72 kerusi daripada 82 Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan.

Kerajaan telah membelanjakan RM135.6 juta untuk melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 bulan lalu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Manakala jumlah perbelanjaan bagi mengurus setia mesyuarat jemaah menteri di Kuching pada 4 Mei adalah sebanyak RM31,217.

"Kos bagi melaksanakan pilihan raya umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-11 adalah berjumlah RM135.6 juta,” kata Azalina, dalam jawapan bertulis di Parlimen, pada Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan ahli Parlimen Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang meminta perdana menteri menyatakan kos menjalankan pilihan raya negeri Sarawak dan juga kos penganjuran mesyuarat kabinet di negeri itu.

Timbalan Perdana Menteri Perdana Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, mesyuarat kabinet yang diadakan di Kuching adalah untuk menyokong Sarawak di bawah kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dan telah dicadangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kali terakhir mesyuarat kabinet diadakan di luar Kuala Lumpur adalah pada tahun 1999 di Langkawi semasa Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (Lima).

Pilihan raya Sarawak pada 7 Mei lalu, menyaksikan BN memenangi 72 kerusi daripada 82 Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan.

Keputusan pilihan raya itu adalah lebih memberangsangkan berbanding pilihan raya negeri 2011 apabila BN hanya mendapat 78.6 peratus daripada kerusi DUN berbanding 87.8 peratus yang dimenanginya pada pilihan raya negeri 2016.

Last modified onSelasa, 24 Mei 2016 13:05
More in this category: « Itu hak Adenan - Masing

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.