Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

Nazri umum peruntukan RM210,000 untuk 41 ranting PBB Pantai Damai

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumkan peruntukan RM210,000 untuk 41 ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sebagai tanda terima kasih kepada pengundi kerana memberi kemenangan besar kepada calon Barisan Nasional (BN) Dr Abdul Rahman Junaidi.

Katanya, setiap ranting mendapat RM5,000, kecuali Ranting Bintawa akan mendapat RM10,000.

Beliau mengumumukan peruntukan berkenaan ketika berucap menghadiri majlis kesyukuran BN-PBB DUN Pantai Damai di Kuching malam tadi.

Mohamad Nazri berkata beliau sangat gembira kerana diberi peluang membantu kempen pilihan raya Abdul Rahman yang muncul sebagai calon yang memperoleh majoriti undi paling tinggi pada pilihan raya negeri pada 7 Mei lalu, iaitu 9,260 undi.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata beliau amat bersyukur kerana undi majoriti beliau meningkat sebanyak 4,189 berbanding 5,071 pada pilihan raya 2011. - Bernama

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.