Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Mendung, hujan pada hari pengundian PRK Tanjong Datu

Jurucakap Jabatan Meteorologi Sarawak berkata ini berikutan hujan diramal berlaku di kawasan pesisir pantai di daerah ini pada awal pagi hari berkenaan. Jurucakap Jabatan Meteorologi Sarawak berkata ini berikutan hujan diramal berlaku di kawasan pesisir pantai di daerah ini pada awal pagi hari berkenaan.

Cuaca diramalkan mendung pada sebelah pagi semasa hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu 18 Feb ini.

Jurucakap Jabatan Meteorologi Sarawak berkata ini berikutan hujan diramal berlaku di kawasan pesisir pantai di daerah ini pada awal pagi hari berkenaan.

"Pada sebelah petang, cuaca dijangka ribut petir dan hujan manakala pada waktu malam cuaca dijangka kembali mendung," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

PRK DUN Tanjong Datu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Reformasi Negeri (Star) dan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru.

Ia melibatkan calon BN Datuk Amar Jamilah Anu, Rapelson Richard Hamit daripada PBDS Baru dan Johnny Aput (Star). - Bernama

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.