Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Tempoh hukuman untuk BN dan seruan untuk monarki

Adalah penting untuk kaum Melayu terus mengekalkan simbol yang diwarisi, iaitu sistem Raja Berpelembagaan. - Tengku Putra Haron Adalah penting untuk kaum Melayu terus mengekalkan simbol yang diwarisi, iaitu sistem Raja Berpelembagaan. - Tengku Putra Haron

Musim Aidilfitri in merupakan tempoh yang cukup sesuai untuk kita kenang kembali masa lalu, bersyukur untuk apa yang dikecapi, serta berdoa untuk masa hadapan.

Semua yang berlaku ada sebabnya, dan Allah SWT tahu apa yang terbaik.

Barisan Nasional telah dihukum apabila ia hilang kedudukan sebagai kerajaan persekutuan, buat pertama kali sejak penubuhannya.


Majoriti meletakkan kesalahan ke atas 1MDB, serta salah laku kuasa oleh pemimpin UMNO, manakala sebahagian lagi menyalahkannya kepada kesombongan atau keangkuhan di depan kamera atau di podium, sewaktu ucapan-ucapan di berikan, atau sewaktu di majlis-majlis.

Sepertimana yang telah saya jangkakan, dan sampaikan kepada pucuk pimpinan, keinginan yang memuncak untuk melihat sesuatu yang mustahil telah berlaku, pertamanya, menjadi saksi kejatuhan parti yang tertua di dunia, keduanya, melantik kembali seorang individu berusia 93 tahun untuk kembali ke pejabat Perdana Menteri.


Tetapi Allah itu Maha Besar. Tatkala BN mungkin sudah jatuh, UMNO masih lagi kekal sebagai satu parti yang mempunyai kerusi Parlimen terbanyak.

Kisah dongeng yang sering menceritakan bagaimana orang Melayu telah menolak UMNO bagi memberi laluan kepada parti alternatif iaitu Bersatu (PPBM), cuma sekadar kisah dongeng semata-mata.


Fakta 1: UMNO mempunyai 41 kerusi lebih banyak berbanding Bersatu dalam Dewan Rakyat (UMNO - 54 / PPBM - 13).


Fakta 2: UMNO mempunyai 111 kerusi lebih, berbanding Bersatu di Dewan Undangan Negeri (UMNO - 139 / PPBM - 28).

Kami (UMNO) masih merupakan parti pilihan di kalangan orang Melayu, dan masih jauh untuk mati dan terkubur.

Kononnya mereka itu parti Melayu yang lebih baik hanyalah kerana Perdana Menteri kini adalah dari PPBM.

Apa yang mereka tidak sedar, Pengerusi mereka hanyalah Perdana Menteri yang mempunyai sokongan minoriti, yang mana beliau boleh ditendang keluar dari gabungan Pakatan Harapan, sejurus beliau berjaya menyelesaikan apa jua permasalah, termasuk membuang sekutu-sekutu dari rejim terdahulu, dan mewujudkan kerajaan yang berfungsi sepenuhnya untuk Malaysia baharu ini.

Apabila semua itu selesai, tempoh beliau sebagai Perdana Menteri akan menjadi singkat sekiranya beliau memilih untuk terus kekal dalam Pakatan tanpa sebarang perancangan. Mujur, Tun bukan jenis individu yang tiada perancangan.

Sementara tempoh membetulkan pasaran politik ini, meletakkan UMNO dalam ‘tempoh hukuman’, ia juga harus dilihat sebagai satu panggilan yang penting untuk golongan Monarki, supaya mereka dapat melihat kedudukan mereka dalam negara ini.


Sejak 2015, atas kapasiti saya sebagai seorang ahli Dewan Undangan Negeri, saya sentiasa menggesa dan menasihati Istana agar mereka jauhkan diri dari politik dan perniagaan, bagi mengelakkan salah laku kuasa, serta kemungkinan penolakan dari rakyat sendiri.

Kini, seperti mana yang saya jangkakan, yang mana segala nasihat saya tidak diendahkan, kini Monarki pula diperhatikan rakyat.


Di bawah kerajaan baharu ini, setiap transaksi perniagaan, serta ‘titah’ yang dikelaurkan ke atas penjawat awam yang telah melangkaui sempadan undang-undang, tidak terlepas dari pemeriksaan.


Dan saya pasti, apabila cengkaman politik mula meluas, penjawat awam pun akan membelakangkan tuan mereka demi menyelamatkan diri sendiri, apatah lagi mereka yang sebelum ini menjalankan tugas di bawah tekanan, akan mula bersuara dan memberi keterangan.

Di saat Monarki mempunyai sokongan dari dari kaum Melayu untuk mempertahankan mereka dari serangan, masih ramai yang mula berprasangka hari ini, apatah lagi melihat kegagalan sesetengah Raja mempertahankan kepercayaan dan kepentingan kaum Melayu dalam isu-isu yang lebih mementingkan kaum Cina.

Perkara ini telah saya nyatakan dalam blog saya The Patriot, bertajuk “Biarkan Istana Bebas Dari Politik” pada 25 Ogos, 2015.

http://tpj-one-thepatriot.blogspot.com/2015/08/leave-palace-out-of-politics.html?m=0


Perenggan terakhir terang-terang menyatakan apa yang kemungkinan akan berlaku hari ini, dan ianya ditulis tiga tahun lebih awal.


Lantaran demikian, adalah penting untuk kaum Melayu terus mengekalkan simbol yang diwarisi, iaitu sistem Raja Berpelembagaan.

Bagaimanapun, jika ada individu yang menyalahgunakan kedudukan mereka dalam Monarki, dan menggunakannya untuk kepentingan mereka, individu itu harus diadili dengan saksama, bagi menyelamatkan institusi Diraja dari menjadi mangsa kemarahan rakyat jelata, dan seterusnya dibubarkan selama-lamanya.

Di kala Kerajaan Barisan Nasional lebih berlembut, dan kadang-kadang berlebih-lebihan dalam menunjukkan taat setia kepada Istana, hingga ada ketikanya menjadi mangsa buli di sesetengah negeri yang akhirnya menyebabkan negeri itu kalah di pilihan raya, anggaplah ini panggilan agar Sultan dan Raja perlu lebih berhati-hati, serta memainkan peranan sebagaimana dikehendaki dalam Perlembagaan Persekutuan.

Daulat Tuanku. Selamat Hari Raya, Maaf Dzahir Dan Bathin.

Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid B Tan Sri Tengku Hamid Jumat
Calon Ahli Majilis Tertinggi UMNO Malaysia 2018-2021.

More in this category: « Anwar: Sokong Dr M perbaiki negara

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.