Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

Jangan keterlaluan memuji saya - Budiman

Calon Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi meminta semua pihak tidak keterlaluan memuji beliau selepas menang dengan majoriti yang besar baru-baru ini.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang juga meminta pelbagai pihak tidak membuat spekulasi berhubung perjalanan politik beliau selepas ini.

“Saya hargai semua penghargaan dan pujian para netizen atas kemenangan di PRK Sungai Besar.

“Namun jangan keterlaluan memuji dan berspekulasi berlebihan kerana saya hanya manusia biasa seperti rakan-rakan yang lain. Saya juga tidak lari dari kekhilafan.

“Gerak kerja pilihanraya bukan kejayaan individu semata-mata, ia kerja berpasukan. Berdoa, Allah Maha Mengetahui,” katanya di laman sosial Facebook beliau.

Budiman menang dalam PRK Sungai Besar pada 18 Jun lalu dengan majoriti 9,191 undi selepas mendapat undi sebanyak 16,800 menewaskan dua pesaingnya, Dr Abdul Rani Osman (PAS) dan Azhar Abdul Shukor (PAN) yang masing-masing mendapat hanya 6,902 dan 7,609 undi sahaja.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.