Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

PAN berang digelar 'munafik'

Parti Amanah Negara (PAN) berang apabila digelar 'munafik' oleh musuh politiknya ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.

Parti itu mendakwa taktik kotor mula digunakan lawan apabila menconteng dan menulis perkataan 'munafik' pada kain rentang partinya.

Bagaimanapun PAN tidak dapat memastikan musuh politik sama ada PAS atau Barisan Nasional (BN) yang melakukan perbuatan itu.

Pengerusi PAN Perak, Alumni Awi, berkata kegiatan itu didakwa dikesan di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Manong, di Kuala Kangsar sejak dua hari lalu.

Beliau berkata taktik sedemikian tidak lagi sesuai pada era teknologi digital.

"Kami harap parti lawan fokus kepada isu rakyat dan bukannya serangan peribadi," katanya pada sidang media di pejabat parti itu di sini, hari ini.

Beliau berkata, bilik operasi pilihan raya parti itu di Kuala Kangsar sudah diarah membuat laporan polis.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.