Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

DAP akui berkempen isu perkauman

DAP akhirnya mengaku menggunakan perkauman sebagai alat untuk meraih kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, berkata papan iklan bersifat rasis memaparkan gambar Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos dan lain-lain diletakkan hanyalah bertujuan untuk mengingatkan pengundi Cina.

Sambil mendakwa DAP langsung tidak pernah menyebut perkataan yang mengguris perkataan kaum lain seperti yang dilakukan Jamal sebaliknya hanya mengingatkan semula.

“Kita tidak sebut Cina babi, kita hanya memperingatkan semula apa yang pernah disebut.

“Kita minta Jamal dan konco-konconya minta maaf dan tarik balik tetapi masa itu dia kata kenapa kena tarik balik, apa salah kata Cina babi sebab Cina makan babi,” katanya di Restoran Kuala Kurau, Sungai Besar, malam tadi.

Beliau berkata, pilihan raya adalah masa yang sesuai untuk memperingatkan rakyat mengenai tindakan yang dilakukan pemimpin UMNO.

Katanya, DAP berpendirian perkataan sebegitu bersifat rasis dan perlu ditegur.

“Tapi yang dipersalahkan DAP dan Parti Amanah Negara (PAN). Kecoh seluruh dunia kata kita biadab,” katanya yang berucap di depan kira-kira 500 pengundi Sungai Besar.

Sebelum ini, DAP mengakui papan iklan tersebut dipasang dan ia diturunkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.