Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Bulan Ramadhan pun Nizar nak menipu - MB Perak

Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abd Kadir kecewa dengan kenyataan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang terus menabur fitnah terhadap kerajaan Barisan Nasional walaupun di bulan Ramadhan.

Zambry menyifatkan bekas Menteri Besar Perak itu sebagai ‘penipu bersiri’ apabila terus membuat tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan BN walaupun perkara tersebut telah diperjelaskan berulang kali.

"Saya amati perangai dia tidak habis-habis buat serangan. Bayangkan bulan Ramadan pun dia nak menipu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan jentera pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar hari ini.

Nizar dalam ceramahnya di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar malam tadi menuduh Zambry memberi tanah kepada kroni tertentu.

Tidak cukup dengan itu, Nizar turut menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar yang dijadualkan pada 18 Jun ini merupakan musibah yang diturunkan oleh Allah untuk memberi pengajaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Zambry meminta para pengundi di Parlimen Kuala Kangsar supaya tidak terpengaruh dengan pelbagai fitnah yang dilemparkan pembangkang itu.

PRK Parlimen Kuala Kangsar akan diadakan pada 18 Jun ini berikutan kematian Anggota Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.