Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

'Kita mahu elak perpecahan, sokong usul jawatan 1 dan 2 tidak dipertandingkan'

Jelasnya, usul yang dibawa oleh Pemuda UMNO itu relevan bagi mengekalkan keutuhan parti dan juga bagi mengelakkan sebarang kerugian dalam persiapan menjelang PRU14. Jelasnya, usul yang dibawa oleh Pemuda UMNO itu relevan bagi mengekalkan keutuhan parti dan juga bagi mengelakkan sebarang kerugian dalam persiapan menjelang PRU14.

Bagi mengelakkan perpecahan, Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Ismail Abdil Mutalib menyokong usul jawatan presiden dan timbalan presiden parti itu tidak dipertandingkan.

Jelasnya, usul yang dibawa oleh Pemuda UMNO itu relevan bagi mengekalkan keutuhan parti dan juga bagi mengelakkan sebarang kerugian dalam persiapan menjelang PRU14.

“Jawatan presiden dan timbalan presiden merupakan dua jawatan yang amat penting dalam parti dan kedua-duanya mestilah perlu dua individu yang rapat sebagai tulang belakang parti, jadi saya amat menyokong apabila usul Pemuda agar jawatan berkenaan tidak dipertandingkan.

“Kita tahu biasanya dalam pemilihan mana-mana parti, biarpun tak berlaku perpecahan besar tapi lazimnya akan ada berlaku sedikit rasa tak puas hati antara penyokong setiap calon bertanding.

“Bagi jawatan-jawatan lain (selain presiden dan timbalan presiden) itu boleh kita izinkan,” katanya kepada pemberita di Perhimpunan Agung Umno, hari ini.

Ismail yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia turut mengingatkan ahli parti sentiasa setia kepada perjuangan parti serta menerima setiap keputusan yang dibuat pucuk pimpinan.

Kata Ahli Parlimen Maran itu lagi, tindakan mensabotaj parti bukan sahaja akan merugikan parti malah akan memberi kesan kepada penerimaan pengundi atas pagar yang bukan di kalangan ahli parti.

“Bagi pengundi atas pagar, hari ini kita melihat banyak kawasan parlimen yang dipengaruhi oleh pengundi atas pagar yang bukan ahli parti, tapi mereka masih sayang kepada kerajaan walaupun bukan ahli parti.

“Pengundi atas pagar akan melihat bagaimana kita kendalikan dan mentadbir negara, jika kita silap dalam menjaga rakyat tak mustahil mereka akan memilih parti lawan,” katanya.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.