Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

Penubuhan Umno sejajar firman Allah, kata perwakilan Selangor

Khairil Anuar Saimun dari Umno Bahagian Kapar memetik Surah Ali Imran ayat 103 dan berkata, asas penubuhan Umno adalah penyatuan 26 pertubuhan bangsa Melayu di Istana Besar Johor bagi menuntut kemerdekaan. Khairil Anuar Saimun dari Umno Bahagian Kapar memetik Surah Ali Imran ayat 103 dan berkata, asas penubuhan Umno adalah penyatuan 26 pertubuhan bangsa Melayu di Istana Besar Johor bagi menuntut kemerdekaan.

Seorang perwakilan Umno Selangor berkata penubuhan Umno sejajar firman Allah yang melarang perpecahan sesama umat Islam.

Khairil Anuar Saimun dari Umno Bahagian Kapar memetik Surah Ali Imran ayat 103 dan berkata, asas penubuhan Umno adalah penyatuan 26 pertubuhan bangsa Melayu di Istana Besar Johor bagi menuntut kemerdekaan.

“Umno tertubuh dengan firman Allah. Berpegang teguh dengan tali Allah dan jangan kamu berpecah belah,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden Umno di Perhimpunan Agung Umno ke-17 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Petikan penuh ayat tersebut adalah: “Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika dahulu (masa jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara.”

Khairil berkata, melalui resolusi Umno Selangor yang diluluskan minggu lalu, mereka menggesa ahli parti Melayu itu menyokong Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan presiden Umno.

Zahid merupakan naib presiden yang sedang memangku tugas timbalan presiden, selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat parti itu pada 24 Jun 2016.

Katanya, krisis kepimpinan dihadapi Umno adalah lumrah parti politik, namun atas semangat cintakan parti, ahli tetap bersama Umno walaupun ada pemimpin yang meninggalkan parti itu.

“Waktu krisis berlaku, adakah kita bersama PKR atau bersama Umno. Kita tetap dalam Umno mempertahankan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu kerana dia presiden dan perdana menteri, bukan kerana nama dia Mahathir,” katanya merujuk pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri selepas dakwaan kes liwat yang memecahbelahkan Umno.

“Hari ini Najib jeneral kita sebagai presiden dan perdana menteri, kerana itu kita pertahankan beliau,” katanya.

Selain Muhyiddin, Majlis Tertinggi (MT) Umno turut memecat bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada hari sama kerana melanggar disiplin parti, selepas mengkritik Datuk Seri Najib Razak secara terang-terangan berhubung kontroversi 1MDB, dipecat selepas Majlis Tertinggi (MT) Umno mendapati mereka telah melanggar displin parti. -FMT 

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.