Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

Umno Pahang minta peluang sertai industri durian

Perwakilan Umno Indera Mahkota, Datuk Shuhaimi Sulong berkata, peluang ekonomi lumayan itu akan membantu mereka menangani kos sara hidup yang tinggi. Perwakilan Umno Indera Mahkota, Datuk Shuhaimi Sulong berkata, peluang ekonomi lumayan itu akan membantu mereka menangani kos sara hidup yang tinggi.

Umno Pahang berharap kerajaan memberikan peluang kepada pekebun kecil untuk terlibat sama dalam industri durian “Musang King”.

Perwakilan Umno Indera Mahkota, Datuk Shuhaimi Sulong berkata, peluang ekonomi lumayan itu akan membantu mereka menangani kos sara hidup yang tinggi.

“‘Musang King’ kini dilaporkan berharga RM800 sebiji di luar negara. Bagaimana pula dengan yang ada tanah kebun kecil?” soalnya ketika membahaskan usul ekonomi di Perhimpunan Agung Umno 2017 hari ini.

“Berilah peluang kepada kami supaya dapat menikmati industri ‘Musang King’. Selesai jugalah kos sara hidup yang agak mencabar,” tambahnya.

Singapura dan China antara pengimport durian Malaysia terbesar pada 2015 dan 2016. Jumlah keseluruhan eksport durian Malaysia pada 2015 mencecah RM64.89 juta dan meningkat kepada RM74.l39 juta pada 2016.

Permintaan tinggi dari China dan Singapura dikatakan punca peningkatan harga durian di pasaran tempatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan Bajet 2018 mengumumkan RM200 juta disediakan bagi inisiatif sumber kekayaan baharu, khususnya untuk penanaman durian, kepala dan jagung bijian. -FMT 

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.