Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Berhenti hormat Dr Mahathir

Katanya, sentimen dan penghormatan kepada Dr Mahathir “perlu berhenti dan bertemu noktah” apabila bekas presiden Umno itu kini bekerjasama dengan DAP “untuk memporak perandakan institusi Umno”. Katanya, sentimen dan penghormatan kepada Dr Mahathir “perlu berhenti dan bertemu noktah” apabila bekas presiden Umno itu kini bekerjasama dengan DAP “untuk memporak perandakan institusi Umno”.

Seorang perwakilan Umno Kedah hari ini berkata sentimen terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad menyukarkan pihaknya bergerak dalam mendapatkan sokongan rakyat negeri itu.

Ini lebih-lebih lagi memandangkan bekas perdana menteri itu merupakan anak jati Kedah.

“Di Kedah ramai orang bercakap tentang legasi dan kedudukan negeri ini yang dikatakan kuat bersentimenkan Tun Mahathir, pergilah mana-mana, orang kata sentimen inilah yang sukarkan Umno Kedah.

“Saya tak apologetik, di peringkat awal kita berdepan dengan kekangan ini, pada saya secara peribadi kita kena berani mengenepikan sentimen individualistik, yang penting adalah maslahah untung nasib rakyat,” kata Datuk Saiful Hazizy Zainol Abidin dalam ucapan di Perhimpunan Agung Umno di sini semalam.

Katanya, sentimen dan penghormatan kepada Dr Mahathir “perlu berhenti dan bertemu noktah” apabila bekas presiden Umno itu kini bekerjasama dengan DAP “untuk memporak perandakan institusi Umno”.

Saiful berkata Umno perlu memadamkan terus sentimen hormat terhadap Dr Mahathir.

“Cukup-cukuplah nostalgia lama, apa guna bernostalgia jika ianya hanya jemput luka, menggoyang hati dan kasih pada parti?

“Tidak ada individu yang lebih besar berbanding parti,” katanya. -FMT

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.