Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

‘Usah layan langau gila publisiti dakwa pesta maksiat menjelang PAU’

Malah, Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Razlan Mohammad Rafii turut menyifatkan dakwaan bekas ahli Jawatankuasa Kerja Puteri Umno bahagian Klang, Wan Asshima Kamaruddin sekadar mahu mencari publisiti murahan untuk menyerang parti Melayu itu. Malah, Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Razlan Mohammad Rafii turut menyifatkan dakwaan bekas ahli Jawatankuasa Kerja Puteri Umno bahagian Klang, Wan Asshima Kamaruddin sekadar mahu mencari publisiti murahan untuk menyerang parti Melayu itu.

Pemuda Umno hari ini menempelak seorang bekas ahli parti itu yang mendakwa kononnya berlaku aktiviti maksiat besar-besaran tiap kali menjelang perhimpunan agung Umno (PAU).

Malah, Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Razlan Mohammad Rafii turut menyifatkan dakwaan bekas ahli Jawatankuasa Kerja Puteri Umno bahagian Klang, Wan Asshima Kamaruddin sekadar mahu mencari publisiti murahan untuk menyerang parti Melayu itu.

“Hanya orang yang sakit mental melakukan tuduhan murahan seperti ini.

“Saya rasa beliau ni bukanlah sesiapa dalam Umno, sekadar mahu mencari publisiti murahan untuk mendapat perhatian,” katanya kepada FMT.

Semalam, lidah rasmi PAS, Harakahdaily memetik Wan Asshima mendakwa sepanjang 17 tahun bersama Umno, beliau tahu ramai pasangan yang berkhalwat dan bersekedudukan dalam satu bilik ketika PAU berlangsung.

Sehubungan itu, beliau yang baru menyertai PAS beberapa bulan lalu, menggesa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menjalankan operasi pencegahan maksiat di hotel sekitar ibu kota, sempena PAU yang bermula hari ini di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Mengulas lanjut, Razlan tidak menolak kemungkinan hanya Wan Asshima yang terbabit dalam melakukan perbuatan terkutuk itu.

“Kalau ada bukti pun mungkin beliau orangnya. Masalah moral beliau jangan samakan dengan orang lain.”

Beliau menggesa ahli Umno tidak perlu membuang masa melayan tuduhan yang tidak menguntungkan parti.

“Tidak perlu layan langau seperti ini yang memang mahukan perhatian.” 

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.