Dikemaskini 2:52 AM, 16 Jan, 2018
A+ A A-

PAS lancar kutipan dana untuk saman Sarawak Report

Dana tersebut dilancar Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada Muktamar Tahunan PAS ke-63 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut hari ini. Dana tersebut dilancar Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada Muktamar Tahunan PAS ke-63 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut hari ini.

PAS hari ini melancarkan dana bagi mengurus saman terhadap Sarawak Report yang didakwa memfitnah PAS menerima dana sebanyak RM90 juta daripada 1MDB.

Dana tersebut dilancar Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada Muktamar Tahunan PAS ke-63 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, saman itu dikemukakan sebagai membuktikan PAS serius mempertahankan maruah apabila difitnah menerima dana daripada dana 1MDB.

“Sebelum ini pemilik Sarawak Report sering bertanya dengan sinis bila lagi PAS hendak hantar saman. Maka kita mengambil langkah mengemukakan saman di London.

“Kita telah lantik peguam dan mencari saksi di London serta Malaysia sebagai persediaan membawa kes tersebut ke mahkamah,” katanya.

Sebelum ini, Sarawak Report mendakwa pemimpin PAS menerima dana dari 1MDB sebanyak RM90 juta. Dakwaan yang sama juga diulang Adun PAN Salor, Datuk Husam Musa dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Tuan Ibrahim berkata pimpinan PAS Pusat telah membuat keputusan setiap ahli perlu menyumbang sebanyak RM5 seorang bagi mengisi dana tersebut.

“Bagi pimpinan yang berada di atas tentunya lebih banyak lagi yang perlu disumbang,” katanya.

Menurutnya, setakat ini sebanyak RM20,000 sudah dikumpul bagi tujuan itu, sedangkan kos yang diperlukan lebih RM200,000.

Kata beliau, biarpun kos tersebut tinggi, namun PAS tetap mengemukakan saman bagi membersihkan maruah PAS yang ditohmah menerima dana daripada 1MDB.

Pengerusi Tetap, Husin Ismail pula berkata, setakat ini Dewan Muslimat telah mengumpulkan dana sebanyak RM8,000.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.