Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

PKR tidak berhak halau PAS dari kerajaan Selangor, kata ketua Pemuda

Dalam sidang media sulungnya sebagai ketua pemuda PAS, Muhammad Khalil berkata, PAS Selangor juga tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya PAS Pusat mengarahkan mereka keluar dari pentadbiran kerajaan negeri Selangor. Dalam sidang media sulungnya sebagai ketua pemuda PAS, Muhammad Khalil berkata, PAS Selangor juga tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya PAS Pusat mengarahkan mereka keluar dari pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata PKR tidak berhak untuk menggesa anggota parti Islam itu melepaskan jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor kerana mandat PAS berada dalam kerajaan adalah hasil pilihan raya umum ke-13 lalu.

 

Dalam sidang media sulungnya sebagai ketua pemuda PAS, Muhammad Khalil berkata, PAS Selangor juga tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya PAS Pusat mengarahkan mereka keluar dari pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

"Mandat PAS dalam kerajaan Selangor yang ada pada hari ni adalah hasil PRU 13..ini mandat rakyat..apa hak PKR nak suruh keluar dari kerajaan.

"Namun andai keputusan PAS Pusat minta supaya PAS Selangor perlu keluar dari kerajaan, secara jelas tidak ada masalah langsung untuk kita keluar dari Kerajaan bahkan kita bukan gila kuasa sehingga sanggup melanggari arahan pimpinan PAS Pusat,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di selepas Muktamar Pemuda PAS di Alor Setr, Kedah hari ini.

Kenyataan itu turut dimuat naik di laman Facebook rasmi Pemuda PAS Malaysia.

Antara pemimpin PAS yang berada dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, Zaidy Abdul Talib dan Dr Ahmad Yunus Hairi.

Iskandar memegang portfolio perumahan, pengurusan bangunan dan kehidupan bandar, Zaidy pula memegang portfolio infrastruktur dan kemudahan awam, permodenan pertanian dan industri asas tani, manakala Ahmad Yunus memegang portfolio hal ehwal agama Islam, jawatankuasa adat Melayu, pembangunan desa dan kampung tradisi.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini menggesa agar PAS segera memuktamadkan hubungan tahaluf siyasi mereka dengan PKR dan sekiranya parti itu bertindak memutuskan hubungan mereka, anggota PAS perlu melepaskan jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang dipimpin Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar.

 

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.