Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

Jangan banding-bandingkan pemimpin, kata Nik Abduh

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, setiap pemimpin mempunyai cara mereka tersendiri dan perbandingan-perbandingan antara pemimpin itu hanya dilakukan oleh musuh PAS. Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, setiap pemimpin mempunyai cara mereka tersendiri dan perbandingan-perbandingan antara pemimpin itu hanya dilakukan oleh musuh PAS.

Mantan Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz meminta agar ahli sayap pemuda parti Islam itu tidak membanding-bandingkan pentadbirannya dan ketua pemuda PAS yang baharu dilantik, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

 

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, setiap pemimpin mempunyai cara mereka tersendiri dan perbandingan-perbandingan antara pemimpin itu hanya dilakukan oleh musuh PAS.

“Jangan bandingkan saya dengan Khalil, saya memimpin dengan stail (gaya) saya, dia dengan stail dia.

“Ayah saya (Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat) stail dia bukan sahaja tidak sama dengan (Presiden PAS Datuk Seri Abdul) Hadi (Awang), dengan saya pun tidak sama,” katanya, ketika penggulungan Muktamar Pemuda PAS di Alor Setar, hari ini.

“Kalau ikut cara musuh bandingkan tokoh PAS ini, tuan-tuan masuk longkang. Nik Aziz tidak sama Hadi, Khalil tidak sama Nik Abduh.”

Beliau turut mengingatkan perwakilan Pemuda PAS agar menerima pelbagai cara dan kaedah pentadbiran pemimpin mereka.

“Beritahu mereka, dalam PAS ada 1,000 stail dan kami minat semua stail, kalau saya dengar ada orang bandingkan saya dengan Khalil saya ketuk kepala,” katanya, lagi.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.